BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Sunday, February 16, 2014

Saya tak setuju dengan pepatah yang menyebut malang tak berbau. Mungkin di lain hari saya boleh setuju, tapi tidak hari ini. Seawal bangun pagi lagi 
saya sudah boleh menghidu sesuatu akan berlaku.

Sesudah selesai menyiapkan anak-anak , kami sekeluarga turun hendak bersarapan di restoran di hotel tempat kami menginap. Keluar sahaja dari pintu dan ketika menuju ke pintu masuk restoran, anak- anak kelihatan terlebih gembira. Mana tidaknya, semuanya mata bersinar nampak belon dan mainan yang banyak telah tersedia.




Yang jadi masalahnya, ini bukan untuk mereka. Maka terjadilah episod drama swasta yang di pertengahan cerita terjadilah aksi lagak ngeri ibarat cerita hong kong yang berakhir dengan kematian tragis sebuah gelas. Kedengaran juga deras suara tangisan yang mengiringi kejadian itu. Nak tak nak dengan muka tebal terpaksa membawa anak-anak beredar ke 'playroom' untuk menenangkan suasana.




Lega akhirnya, suasana kembali tenang. Sempatlah saya dan isteri menarik nafas lega. Kemudian sewaktu ingin pulang, anak yang sulung ingin buang air kecil, maka saya pun temankanlah. Sungguh tak sangka dan kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak tahu mejaga kebersihan tandas setelah menggunakannya. Maka memang benarlah malang itu berbau busuk. Kebetulan minggu ini memang agak diuji dan bernasib malang. Kesilapan teknikal dan salah faham menyebabkan dana untuk membayar tunggakan hotel masih belum dapat ke tangan saya. Risau juga kerana pihak hotel sudah menghantar peringatan beberapa kali.

Walaubagaimanapun saya harus bersyukur kerana saya apa yang terjadi pada saya ini tidaklah seteruk yang dialami orang lain. Sebagai contoh kalau dah jadi macam abang di dalam klip video yang saya kongsikan di bawah ini, mungkin anda merasakan nasib anda yang paling beruntung



1 comment:

  1. Maaf dengan ending video tu, sebab tak rasa kelakar, rasa kesian.

    ReplyDelete