BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Friday, February 14, 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 3 hari terlepas nak kemaskini blog ni. 3 hari ini sangat sibuk di kantor dengan kerja-kerja yang bertimbun-timbun. Kebetulan badan tak berapa sihat dan 2-3 hari ni anak yang kecil asyik meragam di malam hari. Pening la juga. 

Sesuai dengan tajuk kali ini saya nak cerita tentang percuma. Kalau dulu saya dah kongsikan tips tentang macam mana nak dapat percutian percuma, bilik hotel percuma dan tiket kapal terbang percuma. Kali ini saya nak ceritakan tentang peluang nak dapatkan tiket kapal terbang percuma, umrah dan pelbagai produk percuma atau gratis yang lainnya.

Kenapa saya bersungguh-sungguh sangat nak cerita pasal peluang ni. Seperti mana yang anda sedia maklum, saya mula serius menulis blog dan mencari peluang untuk bekerja secara tetap dari rumah sejak dua bulan ini. Walau bagaimanapun ilmu yang saya ada ini masih belum cukup untuk mendatangkan hasil yang tetap kepada saya. Seperti cadangan awal, saya mahu fokus dalam bidang perniagaan internet kerana ianya merupakan minat saya dan pasarannya yang sangat luas. Tambahan pula isteri saya (www.arfahumar.com) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang ini(lebih kurang) saya juga kurang pasti sangat. Melalui dorongan dan sokongan beliau telah menyemarakkan lagi semangat saya. Lagipun tampaknya beliau dan anak-anak lebih selesa sekiranya saya bekerja dari rumah sepenuh masa.

Jadi setelah 2 bulan berkecimpung ni , nampaknya masih belum ada rezeki dengan pendapatan, tapi sudah ada banyak rezeki dengan 'networking' dan ilmu-ilmu baharu yang saya pelajari setiap hari. Tunjuk ajar isteri saya juga sangat membantu. Oleh kerana saya sudah tetapkan sasaran nak dapatkan RM 24k dalam masa 3 bulan ini (untuk membantu seseorang yang memerlukan) jadi saya harus lebih kreatif. Selok belok perniagaan internet ini harus saya kuasai supaya dapat hasil secepat mungkin. Mungkin target yang saya tetapkan itu tidak masuk akal, Namun saya yakin dengan Rezeki Allah yang luas. Pepatah juga ada mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Harapan saya agar anda semua dapat doakan saya dapat capai sasaran masa pendek saya ini.

Cari-cari punya cari saya terjumpa dengan satu peluang untuk menambahkan pendapatan dan dalam masa yang sama masih boleh mempenuhi impian jangka masa panjang saya untuk bekerja dari rumah. Adalah seorang Hamba Allah ni, Nama dia Zamri Nanyan. Kalau siapa yang tak kenal bolehla google dekat internet. Beliau ini merupakan salah seorang pelopor dunia internet marketing kat Malaysia ni, Kira otai la. Jadi kalau orang hebat macam ni pun buat dan sertai peluang ini, pastinya orang yang kurang hebat macam saya ini harus sertai.


Anda nak tahu lebih lanjut bolehla klik kat SINI & SINI. Saya pun baharu sahaja start. Yang terbaiknya TTTE ini tawarkan website percuma untuk saya promosikan program ini. Saya pun tak pandai nak promosikan barang-barang ni, tetapi saya yakin tak harini , esok ada orang akan sertai program ini dengan saya. Yang saya rugi sangat kalau tak sertai sebab:

1. Kalau ada seorang masuk bawah anda, senang-senang je anda dapat
 RM 20 (nak dpatkan orang tu je la yang kena usaha lebih sikit)
2. Pendpatan boleh diwariskan kepada waris anda apabila anda tiada
3.Waris akan dapat RM 100k bila anda sudah tiada
4. Peluang buat umrah percuma, pelancongan percuma, dan hadiah percuma.
5. Alang-alang dah memang kena bayar bil telefon ini, sekurang-kurangnya bolehla juga dapat pulangan dari tak dapat apa-apa langsung.

Untuk syarat-syarat dan cara menyertainya, sila rujuk di link yang saya sediakan dia atas atau kalau kecik sangat dekat gambar TTTE tu pun boleh.

Sebagai hadiah untuk anda yang menyertainya melalui pautan yang saya sediakan, saya akan bagi satu e-book secara percuma untuk sama-sama kita belajar nak promosikan peluang tambah pendapatan ini.

Jadi abang-abang, kakak-kakak, adik-adik yang rasa nak tambah pendapatan tu memang saya galakkan untuk sertai. Untuk pelajar-pelajar universiti dan kolej lagilah saya nak galakkan sebab prospek anda tersangatlah besar. Tambahan pula memang pasti setiap bulan akan ada orang yang nak isi ulang/topup prepaid phone ni. Adik-adik yang dah berusia 12 tahun juga layak nak sertainya, tapi minta izin ibu bapa dulu ya, selagi anda warganegara Malaysia dan berusia 12 tahun, anda sangat layak nak sertai program ini.

Kalau anda tak berminat pun, diharap sebar-sebarkanlah pada kawan-kawan atau keluarga anda. Fikir-fikirkanlah ya daripada tak dapat apa-apa dengan penggunaan telefon, sekurang-kurangnya ada jugaklah kalau tak banyak sedikit, peluang rezeki yang masuk. Rezeki jangan ditolak, Ilmu jangan disimpan, seharusnya disebar dan diamalkan.



0 comments:

Post a Comment