BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Sunday, March 16, 2014

Alhamdulillah akhirnya setelah hampir 5 hari terperuk di hospital akibat demam panas, keluar juga. Musim sekarang ni dengan cuaca yang tak menentu memang mudah dapat penyakit.

Haritu masuk hospital di Penang. Penang ni kan memang terkenal sebagai syurga makanan di Malaysia. Masuk hospital pun diorang bagi makan kari ayam, terbaik.

Jadi dalam 'post' saya kali ni, saya nak cerita sikit tempat makanan yang menjadi pilihan saya setiap kali pulang melawat ibu bapa mentua dan keluarga isteri di Penang.

1. Cucur udang di Jalan Ismail Nagore di Gelugor

Sumber gambar dari Hajar Khuzai


Gerai cucur udang ni tepi jalan jer, hehe, ada popia goreng, mee yang goreng-goreng, laksa. Terbaik lah gerai tu. Psaya saya kelebihan cucur udang ni pada kuah dia. Dengan harga yang berpatutan, memang terbaik. Pilihan saya setiap kali balik Penang. Masalhnya pak cik ni macam biskut, kadang meniaga kadang tidak. 

pilihan b-tame: 4 Bintang

2. Medan Selera Taman Tun Sardon




Saya suka bersarapan di sini sebab bayak pilihan. Dari nasi tomato, roti canai, roti jala, nasi lemak. Anda sebut je, InsyaAllah ada semuanya. MAsalah dia nak cari tempak letak kereta je sebab kawasan ni padat dan ramia orang yang datang berkunjung. 

pilihan b-tame: 3.5 Bintang

3. Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet.



Sumber gambar seperti yang tertera di gambar

Ha kalau korang tak tahu kampung pelet, ingat lagi tak yang dulu ada penjenayah yang lari dari kereta polis dengan guna serbuk mee segera sebagai senjata. Pedih woo bila masuk mata. Apa yang menariknya di Puncak Mutiara ni suasana tempat makan dia. Ada kandang kambing, kolam ikan, taman arnab. pada orang bandar tu bolehla bawa anak-anak kenal binatang. kolam renang juga ada dan boleh mandi di situ pada bayaran yang berpatutan. Makanan yang disediakan juga banyak variasi. Ada makanan tempatan dan makanan barat. Harga dia agak tinggi sikit la pada pendapat saya. Tapi suasana memang tip top.

pilihan b-tame: 3.5 Bintang

4. Hameediyah depan Shell permatang pauh

Sumber gambar seperti yang tertera di gambar

Apa yang istimewa? Tak tahu nak cakap, tapi biasa la kategori masakan mamak, dekat Penang pula, jadi segala-galanya berempah. Pilihan saya, sotong gulai, puyuh berempah, gulai udang. Segalanya gulai dan berempah. Kalau datang tengah hari jenuh beratur dah, ramai orang.

pilihan b-tame: 3 Bintang

5. Nasi Kandar Beratur sebelah Masjid Kapitan Keling


Sumber gambar seperti yang tertera di gambar

Dalam banyak-banyak kedai nasi kandar kat Penang, saya paling suka yang ni. Semua benda pun berempah, sampai telur dadar dan sosej pun dilimpahi dengan rasa rempah. Pendek kata boleh jatuh cinta dengan makanan. Masalahnya nak dapat tempat letak kereta je, sebab tak banyak. Saranan saya datang sebelum Zohor, boleh lagi cari tempat letak kereta dan bila dah kenyang tunggu masuk waktu dan boleh solat dia Masjid kat sebelah kedai.


pilihan b-tame: 4.5 Bintang

Itulah sedikit sebanyak tempat makan kegemaran saya di Penang. Nanti saya kemas kini lagi, sebab banyak tempat yang saya tak tahu nama da tak ada gambar dia.

Siapa-siapa yang berkunjung ke Penang, bolehla cuba. Hehe #jalan-jalan cari makan with kids

0 comments:

Post a Comment