BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Saturday, February 08, 2014

SAHD OBJECTIVE (Matlamat SAHD). Sebelum ini saya dah postkan tentang maksud SAHD , jadi pada sesiapa yang masih lagi kurang pasti boleh rujuk kembali pada entri SAHD saya sebelum ini. Kali ini saya nak berkongsi tentang objektif ataupun matlamat. Semua orang harus ada matlamat hidup.Untuk orang muslim sudah tentulah matlamat hidupnya ialah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Ini adalah yang ultimatum. In Sha Allah sama-sama kita memperolehinya. 

Untuk diri saya sendiri, kenapa saya nak bekerja dari rumah? Kenapa perlu tinggalkan pekerjaan saya sekarang yang Alhamdulillah tersangat bagus.
Tetapi untuk memenuhi matlamat hidup saya baik yang jangka masa pendek ataupun panjang, saya harus merealisasikan impian saya untuk bekerja dari rumah sepenuh masa.




Benar bukan kita tidak tahu lagi apa akan jadi 5 tahun akan datang? Tapi sekurang-kurangnya kita boleh agaklah. Kalau kita jalani hidup kita dengan status quo, rutin, maka itu jugalah hasilnya. Jadi sekiranya ingin ada perubahan, haruslah kita juga mengubah sesuatu. Di Malaysia ni Alhamdulillah untuk mereka yang berpeluang bekerja dengan syarikat-syarikat gergasi, gaji selesa dan kenaikan gaji yang amat berpatutan setiap tahun. Namun masih ada segelintir insan yang gajinya status quo setiap tahun. Ini sebagai contoh sahaja ya, jadi sekiranya golongan kedua tadi ingin menambah pendapatan seharusnya mereka mencari peluang pekerjaan yang lain.

Berbalik kepada matlamat, sekarang ini saya terpaksa membuat perubahan kerana sudah ada keperluan untuk menukar matlamat. Dahulu selama hampir 10 tahun bekerja di syarikat yang sama, saya selesa, tiada keperluan untuk menukar matlamat. Namun bila ada keperluan untuk menukar matlamat, saya harus membuat perubahan dan menukar strategi saya.

Sebelum mula membuat perubahan, kita harus mengenal pasti apakah matlamat baru kita dan apakah matlamat jangka pendek dan masa panjang kita. Untuk diri saya sendiri matlamat saya sekarang ini saya mahu menolong dan membantu orang, terutamanya nak membantu menaiktarafkan ekonomi keluarga saya dan seluruh umat islam di Malaysia. Tapi matlamat utama saya ialah saya nak meluanglan masa sebanyak mungkin dengan kedua ibu bapa & ibu bapa mertua serta keluarga saya. Dengan pekerjaan saya sekarang, saya kurang berpeluang menjenguk ibu bapa saya & mertua kerana faktor geografi yang berjauhan dan kesibukan kerja. Jadi bila berpeluang kerja dari rumah saya bolehlah berpindah berdekatan dengan mereka dan membantu mereka apabila diperlukan, tambahan adik beradik yang lain juga tinggal berjauhan di ibu kota.

Setelah matlamat ditetapkan kita harus membahagikannya kepada dua iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Jadi bila dah dibahagikan itu nampak lebih jelas apa tindakan yang harus diambil nagi mencapai matlamat jangka masa panjang dan pendek itu. Minta maaf kerana saya tidak dapat berkongsikan matlamat jangka masa pendek dan masa panjang saya secara terperinci. Mungkin di lain kali. Saya khuatir akan ada pihak yang terasa hati .

Tetapi saya berjanji saya akan kongsikan apa tindakan yang sudah dan akan saya buat ubtuk mencapai matlamat saya ini di post yang seterusnya.

Saya nak kongsikan kepada semua dan diri saya sendiri , bahawa ingatlah rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, kadang kala di dalam bentuk wang ringgit, bantuan fizikal, ilmu, ujian dan macam-macam lagi. Tolong jangan sempitkan pemikiran kita dengan rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit. 

"Sesekali diri diuji , hingga tak berdaya langkahku, namun semua itu adalah ujian Dan Nikmat kasih Sayang dariMU"

In Sha Allah, semoga apa yang saya kongsikan kali ini dapat meberi manfaat untuk anda semua. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu melalui kelemahan diri saya sendir (tutur kata dan susunan ayat pun tunggang langgang , kalau kakak saya baca mesti dia marah sebab dia dan suami merupakan cikgu bahasa melayu yang tersohor).



0 comments:

Post a Comment