BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Monday, January 27, 2014

STAY AT HOME DAD DILEMMA (Dilema Ayah Yang Tinggal Di Rumah)


Alhamdulillah, b-tame dapat lagi menemui pembaca semua. Hari ini b-tame nak kongsikan tentang stay at home dad dilemma atau dalam bahasa Malaysia, dilema ayah yang tinggal di rumah. Kalau di negara barat, kebanyakan stay at home dad (SAHD) memang terus mengambil tugas suri rumah tangga dari seorang ibu. Biasanya ini terjadi kerana beberapa faktor di antaranya mungkin:

1.       Jawatan & pendapatan isteri yang jauh lebih besar daripada suami
2.       Suami dibuang kerja kerana kemelesetan ekonomi.
3.       ISteri bertugas jauh dari keluarga & pelbagai lagi faktor yang berkenaan.

Jadi bila keadaan memaksa, mereka terpaksa melakukan apa yang sepatutnya untuk keluarga.  Sudah tentu akan terjadi banyak dilema untuk si suami yang dulunya sudah menjadi ‘bread winner’ atau pencari rezeki untuk keluarga. Jom kita tengok apakah antara dilema yang terjadi pada proses awal SAHD ini & di kemudian hari.

SAHD dilemma:

1.      Malu & tertekan dengan bakal pendapat masyarakat terhadap mereka
2.      Bimbang hilang rasa hormat daripada isteri terhadap mereka
3.  Tiada kepercayaan diri sendiri & pasanagan tentang kemampuan mereka    menjaga anak & mengurus rumah tangga
4.      Sekiranya berlaku penceraian, apakah nasib yang bakal menimpa mereka.

Baiklah itu adalah antara dilema yang dihadapi oleh SAHD di negara barat.
Sekarang ni kalau kat Malaysia, boleh pakai ke konsep ni? Nampak macam tak berapa kena, jadi kenapa b-tame ni nak sangat jadi SAHD? Untuk b-tame ni nampaknya kena ubah sikit SAHD ni punya terma , baru boleh guna pakai dengan kita rakyat Malaysia. Lagipun sebagai umat Islam memang tanggungjawab suami untuk menyediakan segala kemudahan & memberi nafkah kepada keluarga.

Jadi b-tame nak ubahsuai sikit istilah ni menjadi work at home dad (WAHD). Memandangkan isteri  b-tame (www.arfahumar.com) telah berjaya menjadi work at home mom (WAHM) sepenuh masa, maka bila b-tame berjaya menjadi WAHD kami berdua akan menjadi work at home oarents (WAHP) sepenuh masa. Banyak benor akronimnya…..sesuai lah dengan tajuk blog ni =).

Dalam post berikutnya nanti b-tame akan mengulas sikit tentang apakah kebaikan & keburukan menjadi WAHD, WAHM & WAHP ni. Cuma sekarang ni tengah berperang dengan waktu kerana        b-tame dah buat sasaran untuk menjadi full time WAHD dalam masa 18 bulan bermula 1 Januari 2014, takut tak tersempat nak kejor dateline yang b-tame set sendiri. Tambahan pula isteri isteri  b-tame (www.arfahumar.com) dah mula menjana pendapatan sendiri dengan bekerja dari rumah. Motivasi untuk cepat-cepat menjadi WAHD.


Sampai jumpa lagi….
Categories: , ,

0 comments:

Post a Comment