Kini permohonan masuk ke universiti awam untuk sesi 2014 dibuka lagi.
Maka berduyun-duyunlah ibu-bapa yang risau dengan apa pilihan dan ke mana arah tujuan anak masing-masing. Tambahan pula pada zaman sekarang ini saingan untuk masuk ke universiti juga semakin sengit dek kerana limpahan orang-orang yang berbakat dan hebat di alam maya in.
Pada adik-adik, selamat mencuba dan berjaya saya ucapkan. Buatlah pilihan yang terbaik dan bukan sekadar mengikut pilihan rakan-rakan. Pada ibu bapa nasihatilah anak-anak membuat pilihan yang tepat dan janganlah memaksa mereka memilih pilihan kita. Bagi yang beragama Islam, solat hajat dan isthikharahlah selalu untuk meminta keputusan yang tepat.
Kenapa pilihan yang adik-adik atau anak tuan-tuan dan puan-puan buat sekarang inilah yang akan mengorak langkah seterusnya dalam kehidupan. Bagi anak-anak pastinya mahu kehidupan yang baik dan membantu ibu bapa. Bagi ibu bapa pula pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
Melalui pengalaman saya sendiri, pilihan jurusan atau 'course' yang tepat adalah sangat penting. Sewaktu zaman saya dahulu, tidak ada orang yang memberitahu jurusan atau aliran apa yang harus saya ambil. Semuanya pandai-pandai sendiri sahaja. Akhirnya saya terperangkap dalam jurusan kejuruteraan awam sehinggalah sekarang sudah hampir 10 tahun bekerja masih terperangkap dalam bidang yang sama. Saya tak pandai dalam bidang matematik, jadi sewaktu zaman universiti dahulu saya terpaksa bergelut dengan 10 subjek matematik, satu di setiap semester. Kemudian di sambung lagi pada zaman oekerjaan dimana hampir setiap hari saya terpaksa bergelut dengan aplikasi matematik ini. Namun saya bersyukur kerana masih mampu mendapat kerja yang bagus walaupun keputusan di universiti dulu tida seberapa memuaskan, hanya cukup-cukup makan sahaja. Ada juga kenalan saya di universiti dahulu terpaksa bertukar-tukar aliran beberapa kali malah ada yang terpaksa bertukar universiti kerana tidak mampu meneruskan lagi pengajian.
Maka saya rasa amat terpanggil untuk berkongsi tips-tips yang boleh diguna pakai oleh para-para bakal-bakal penuntut universiti dan juga para ibu bapa.
Tips memilih aliran untuk kemasukan universiti:
1. Kenal pasti aliran yang ditawarkan adakah sudah diakreditasikan?
2. Kenal pasti subjek yang ditawarkan , semak supaya tidak ada subjek yang akan menyusahkan anda kemudian hari
3. Kaji dan tanyalah orang yang berpengalaman tentang peluang kerja yang berkaitan dengan aliran yang anda pilih ini kelak. Takutnya nanti sudah tamat pengajian, sukar pula mendapat kerja kerana peluang pekerjaan yang berkaitan dengan aliran yang diambil tidak ada atau sangat sedikit.
4. Cuba lihat unversiti mana dan aliran mana yang menghasilkan graduan yang lebih banyak diterima bekerja.
5. Janganlah pilih aliran atau universiti itu semata-mata kerana tampak hebat atau tersohor.
6. Jangan buat keputusan berdasarkan nak pilih universiti yang dekat dengan rumah atau sekadar mengikut teman.
Cadangan saya:
1. Pilih aliran yang universal, sebagai contoh 'safety engineering' kerana permintaan yang sangat tinggi di dunia kerja dan boleh menembusi semua bidang pekerjaan
2. Pilih bidang geologi atau petroleum kerana permintaan yang sangat tinggi sekarang di dalam industri. Malah gaji yang ditawarkan kelak jauh lebih tinggi dari bidang lain.
3. Sekiranya minat berniaga, pilihlah jurusan perniagaan, kerana ini akan memberikan kelebihan kepada anda kelak kerana anda akan mahir dengan selok belok dunia perniagaan sebelum anda memulakan perniagaan anda sendiri kelak.
Akhir kata, pilihlah yang terbaik dan jangan tergopoh-gopoh. Kaji dan selidik dulu dan buat perbandingan. Nanti adik-adik juga yang nak menempuhinya.
Sampai jumpa lagi dan selamat berjaya saya ucapkan. Pada yang tak berjaya mendapat tempat di universiti pilihan, sabar dan teruskan perjuangan.
0 comments:
Post a Comment