BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Monday, March 03, 2014

Sedar tak sedar dah masuk bulan Mac untuk tahun 2014 ini. Sekjap je dah masuk suku pertama tahun ini. Jadi macam biasalah bila dah masuk bulan Mac ni sibuklah sikit nak buat perisapn untuk melunaskan cukai pendapatan bagi tahun lepas.Kali ni nak bermula awal supaya tidak kelam kabut di kemudian -hari. 

Sekarang ini senang boleh buat e-filing, tak perlu buat manual. 
Macam info dari artikel berita harian ni, sekarang ni dah boleh mula buat bayaran cukai pendapatan anda dah:

Kuala Lumpur: Pembayar cukai sudah mula menggunakan perkhidmatan e-Filing sejak semalam untuk memfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun taksiran 2013. 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), dalam kenyataan yang diterbitkan di 

sini, menyatakan pihaknya dalam proses mengeluarkan BNCP kepada pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan dan/atau pendapatan selain perniagaan. 

“BNCP yang dikeluarkan termasuklah Borang E, BE, B, BT, P, M, MT, TP, TF dan TJ untuk tahun taksiran 2013,” katanya. 

e-Filing adalah perkhidmatan disediakan LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara dalam talian. 

Semua BNCP yang dihantar menerusi aplikasi e-Filing akan dilindungi oleh teknologi Secure Socket Layer (SSL). 

Sejak aplikasi berkenaan diperkenalkan pada 2003, penggunaan perkhidmatan dalam kalangan pembayar cukai korporat dan individu meningkat berikutan pelaksanaannya mudah, tepat dan selamat. 

Tahun lalu, sebanyak 2.376 juta BNCP diterima menerusi aplikasi e-Filing untuk tahun taksiran 2012. Jumlah meningkat berbanding 2.35 juta BNCP untuk tahun taksiran 2011. 

Tarikh akhir menghantar borang dan membayar cukai pendapatan menerusi e-Filing adalah seawal 31 Mac bagi borang E (Borang Nyata oleh Majikan). 


Tempoh paling lewat sebelum 30 Jun bagi borang M (Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin). 

Mulai 2013 pula, individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 selepas potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan dan dibuat menerusi aplikasi e-Daftar. 

“Individu yang mempunyai jumlah pendapatan sebulan melebihi RM2,837, pula perlu mendaftar sebagai pembayar cukai. Pendapatan bulanan termasuk gaji dan elaun yang layak dikenakan cukai. 

“Perlu diingat, tindakan melarikan diri atau mengelak daripada membayar cukai adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya.

*********************************************************************************************

Berikut beberapa tips untuk mengurangkan bayaran cukai pendapatan di Malaysia yang kita boleh cuba:




Sedikit sebanyak bolehlah kita cuba, apa pendapat anda?

0 comments:

Post a Comment