Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya nak berkongsi tentang senarai terkini perniagaan yang tidak termasuk dalam senarai perniagaan yang berdaftar dengan bank negara Malaysia. Sebelum saya memulakan entri saya ingin memohon maaf sekiranya entri ini menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya hanya sekadar berkongsi bagi menambahkan pengetahuan kita semua.
Sekarang ini pelbagai bentuk perniagaan internet yang berlangsung. Di Facebook saya pun terdapat seribu satu jenis iklan berkaitan peluang perniagaan yang boleh membantu menambhakan pendapatan. Sebagai orang baru atau newbie dalam bidang perniagaan internet ini sudah pastinya saya tertarik untuk menyertai peluang-peluang perniagaan ini. Tambahan pula jika ada peluang untuk meraih pendapatan besar dalam masa yang singkat, memang saya mahu ambil peluang tersebut. Cumanya harus diingat bahawa perniagaan internet juga haruslah berdaftar dan dijalankan secara sah.
Jadi di sini saya nak senaraikan beberapa senarai perniagaan yang masih tidak disenaraikan di Bank Negara Malaysia. Mungkin masih dalam proses.
Untuk laporan penuh anda boleh ke mymedialab.blogspot.com.
Jadi pesanan saya untuk anda dan diri sendiri yang senang tercari-cari tentang peluang perniagaan untuk menambahkan pendapatan, pastikan ianya sah dan berdaftar serta patuh undang-undang negara. Sekurang-kurangnya jika ada orang menawarkan atau mengajak anda menyertai sesuatu program, pastikan ianya bukan skim piramid cepat kaya serta gores dan menang. Pastikan ianya sah daris egi undang-undang dan bagi yang beragama Islam kena pastikan sah dari sudut syarak.
Selamat berjaya dalam perniagaan internet anda.
0 comments:
Post a Comment