Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau dah serius nak kerja di rumah sepenuh masa, nampaknya nak kena bersedia jugalah menghadapi dan melayani kerenah anak-anak selama 24 jam. Kalau dahulu jika anda bekerja di pejabat, pastinya 8-10 jam anda itu dapat berehat sebentar dari melayani kerenah mereka.
Sinonim dengan anak-anak anda yang masih kecil, pastinya mereka suka dan gemar menonton kartun. Peranan kita sebagai ibu bapa haruslah mengawal dan mengawasi rancangan yang anak-anak kita tonton. Saya nak berkongsikan pengalaman saya dengan anak-anak. Saya suka berinteraksi dengan mereka sewaktu menonton rancangan kartun dengan mereka. Tanyalah soalan-soalan yang ringkas seperti apakah warna baju kucing itu dan sebagainya.
Secara tak langsung, anda dapat mengajar anak anda. Macam anak-anak saya kalau nak mengajar mereka memang tak boleh nak ajar seperti di tadika. Jadi sebagai ibu bapa kena sentiasa kreatif dan ambil peluan yang ada untuk mendidik anak-anak mengikut kesuaian dan kesempatan masing-masing.
Anak saya suka tengok rancangan animasi Boboiboy, yang sekarang ni dah ada musim ketiga dan ditayangkan di saluran TV3. Asalnya anak saya yang minat , tapi akhirnya saya pulak yang terminat lebih. Jadi kali ni nak kongsikan sikit video daripada boboiboy ni.
Layan juga bukan? 'Thumbs up' saya berikan pada team Animonsta ini yang menghasilkan karya bermutu tinggi. Kalau dekat video ini, taglines dia ialah team bubadibako - buat baik di..balas koko, apa masalahmu? kami se..dia membantu. Haha terngiang-ngiang dalam kepala. Jadi untuk mendidik anak anda kenalah olah sedikit dan terangkan kepada mereka, misalnya kalau buat kebaikan in sha Allah, Allah akan berikan ganjaran. Kita sebagai ibu bapa kena mainkan peranan. Saluran TV merupakan sumber pengajaran yang bagus sekiranya kita dapat mengawal dan menjadikannya begitu.Tapi nak buat tu yang susah berbansing dengan cakap. Cakap senang la kan.
Saya sendiri pun pening dan kadang-kala geram dengan anak-anak saya. Sekarang ni beliau suka menonton siri Ultraman dan setiap kali selepas habis menonton, pastinya aksi-aksi ganas dari siri itu akan dipraktikkan ke atas adik-adik beliau serta saya dan isteri. Rancangan saya, saya sendiri nak buat bukuvideo (awal-awal ini gambar dan tulisan jelah, nak masukkan suara , kena tunggu dulu).
Kalau buat sendiri walaupun kurang menarik, kandungannya kita boleh kawal.
ini video pertama, siri satu tentang kisah tauladan anak-anak yang saya olah sendiri daripada cerita-cerita tauladan rakyat yang umum. Sila nikmati. Mungkin boleh gunakan bukuvideo tanpa audio ini untuk anda bercerita kepada anak-anak anda sebelum tidur. Silalah tinggalkan komen anda untuk saya baiki mutu buku video saya yang seterusnya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete