BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Sunday, March 02, 2014

Sebelum ini saya ada kongsikan sedikit tips tentang panduan memilih aliran dan Universiti yang betul. Alih-alih pagi ni bila saya baca akhbar berita harian online terkejut saya bila nampak satu tajuk sindiket tipu pelajar. 

Bolehlah baca seperti di bawah atau dapatkan je akhbar berita harian.

Sindiket tipu pelajarAntara mangsa yang hadir pada sesi temuduga ketika tinjauan BH mengenai sindiket penipuan pelajar menunggu keputusan SPM di Jalan Hutton, Pulau Pinang, semalam.
Caj RM500 untuk hadiri temuduga dan dijanjikan tempat ke universiti

Kuala Lumpur: Dua sindiket dikesan menipu pelajar menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi menghadiri temuduga kemasukan ke universiti awam dan swasta.

Sindiket itu turut menggunakan logo Kementerian Pendidikan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pelbagai agensi lain dalam surat panggilan temuduga yang diedar kepada pelajar di seluruh negara. 

Mereka turut menggunakan nama Jabatan Pengurusan Siswazah, Jabatan Pengurusan Biasiswa dan Unit Pengambilan Khas Pelajar Kementerian Pendidikan. Namun, siasatan BH mendapati jabatan dan unit itu tidak wujud di Kementerian Pendidikan

*********************************************************************************

Mudah sungguh sekarang ni orang memanipulasi orang lain untuk mengaut keuntungan. Ibu bapa dan adik-adik semua hati-hatilah ya. Zaman teknologi senang sangat untuk orang buat pemalsuan logo dan sijil. Semoga kita dijauhkan dari ditipu oleh skim seperti ini
.
Categories: ,

0 comments:

Post a Comment