BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Sunday, March 16, 2014

Sebelum ini saya ada buat 'post' mengenai makanan pilihan saya di PEnang, kali ini saya nak cerita mengenai makanan pilihan di Bandar SRi PErmaisuri pula, tempat kediaman saya.

1. Restoran Hajris, belakang JPJ Bandar Seri Permaisuri


Sumber gambar dari paranamio.com

Apa yang menarik tentang restoran ini, dekat satu kawasan pun dia ada 3-4 cawangan dan boleh bertahan. Untuk kategori makanan di KL ni, Hajris ni boleh tahanlah. Makanan yang saya suka di sini ialah nasi goreng ayam mamak style, Nasi Beriani Wah Re Wah, rojak ayam. Macam-macam ada, masakan barat, masakan Thai, nasi berlauk, sup, otak-otak, kuey tiaw, sate.
Rasanya oklah.

pilihan b-tame: 3 bintang

2. Sup meletop di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri.

Sumber gambar dari harimausedap.blogspot.com

Kedai sup meletop ni dah pun berada di medan selera Bandar Sri Permaisuri yang baru. Apa yang menarik di sini? Nasi Ayam, meehon sup, Kuew Tiaw Sup. Harga berpatutan dan rasa yang sedap

pilihan b-tame: 4 bintang

3. Nana Cafe

Sumber gambar dari openrice.com

Satu lagi kedai mamak pilihan di Sri Permaisuri. Piihan saya sudah tentunya nasi campaur berlauk dan nasi dalca. Sekurang-kurangnya terubat rindu masakan di kampung.

pilihan b-tame: 3 bintang

4. Medan Selera baru Bandar Sri Permaisuri

macam-macam pilihan yang ada di sini.Masakan thai, burger, keropok lekor, masakan cina muslim,Sup dan macam-macam lagi. Anda kena cuba sendiri Nak letak kenderaan pun mudah. Memang terbaik. 

pilihan b-tame: 3 bintang

5. Restoran Mee Kari Udang Galah Sri Permaisuri

Sumber gambar dari www.nazlannazir.com

Kalau dah nama kedai pun udang galah, dah tentulah makan yang disyorkan ialah udang galah. Rasa kari dia memukau ditambah dengan udang galah yang saiznya boleh tahan juga.Kedai ini ada menyediakan beberapa set pilihan termasuk minuman dengan harga yang berpatutan. Roti canai dan aneka roti lain juga turut dijual.

Selain itu di waktu petang ada gerai Burger Bakar yang beroperasi di hadapan Restoran udang galah ini. Bolehlah cuba kedua-duanya sekali.

Bila ada peluanag nanti saya kemaskini lagi. Dengan penduduk yang makin ramai dan padat di Bandar Sri Permaisuri, tidak hairanlah bertambahnya kedai makan macam cendawan selepas hujan di kawasan ini. 

Selamat menjamu selera.


0 comments:

Post a Comment