BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Saturday, March 01, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Teringat masa 2 bulan lepas, masa baru mulakan cabaran 18 bulan WAHD saya. Masa tu baru nak mula blogging, banyak juga laman web dan blog yang menawarkan pakej buat blog dari sekitar RM 30 - RM 50 tidak termasuk bayaran domain.  Memang hebat blog - blog yang dihasilkan. Tapi sebab saya nak jimatkan duit jadi saya cuba buat sendiri dulu, sebab masa tu saja nak cuba-cuba dulu. Sebenarnya tak susah sangat nak buat blog dari blogspot ini. Hanya perlu klik sini dan sana maka terhasillah blog. Jom saya kongsikan serba sedikit cara yang saya tahu.


Langkah 1

Sebelum mula membuka blog blogspot anda, anda haruslah mempunyai akaun gmail. Mudah saja caranya, taipkan sahaja daftar akaun google seperti di bawah



Kemudian, klik pada pautan Buat Akaun Google



Anda kemudiannya akan dibawa ke laman ini



Langkah 2

Seterusnya sila isikan nama anda, pilih nama pengguna anda & pilih kata laluan anda. Kalau ada masalah bolehlah emel saya di pendapatanpertama@gmail.com atau PM saya di facebook- www.facebook.com/Ahmad Shahrin untuk saya bantu mana yang termampu.

Langkah 3

Setelah selelsai dengan langkah 2, langkah seterusnya ialah anda perlu pergi ke blogspot. Mudah sahaja, taipkan sahaja blogspot seperti paparan di bawah ini



Seterusnya klik sahaja pada pautan Blogger



Anda harus log in dulu sebelum dibawa ke laman blogger. Sila Gunakan nama & kata laluan yang anda pilih tadi untuk log in akaun google anda.

Selesai proses log in anda akan dibawa masuk ke laman blogger seperti di bawah.
Macam di atas anda boleh lihat nama blog saya yang sudah tersedia 
b-tame.blogspot.com

Langkah 4

Anda boleh mulakan dengan klik butang new post seperti paparan berikut



Langkah 5

Setelah anda klik butang new post tadi anda akan dibawa masuk ke laman ini


Anda boleh pilih untuk letak tajuk dan nama apapun yang sesuai dengan tujuan anda buat blog. Sebagai contoh dalam paparan di atas saya letakkan tajuk blog sebagai blog pilihan anda. Alamat blog pula saya letakkan buatblogpercuma dan alamat itu ada untuk saya gunakan.

Namun sekiranya alamat blog yang anda pilih itu sudah tidak tersedia seperti paparan di bawah ini


Anda harus mencari pilihan alamat baru untuk blog anda sehingga anda boleh mendaftar.

Langkah 6

Seterusnya jika anda sudah berpuas hati dengan pilihan alamat dan alamat blog itu juga tersedia, anda harus memilih template blog anda. Pelbagai template sedia ada yang disediakan oleh blogspot secara percuma.



Untuk tutorial ini, saya pilih template picture windows seperti di atas.
Maka terhasillah blog seperti di bawah:



Anda boleh memilih apa jua template yang sesuai dengan citarasa anda. Tahniah anda sudah boleh mula blogging, mudah bukan nak buat blog ni?. Anda boleh gunakan macam-macam dengan blog anda, tulis kisah peribadi dan sebagainya. makcik-makcik yang nak jual kuih siput, mee sanggul dan macam-macam lagi [pun boleh. Para pelajar yang nak letak nota - nota pelajaran pun boleh. Banyak manfaatnya selagi digunakan dengan niat yang betul.

InsyaAllah di lain kali saya akan kongsi cara nak buat post , ubah template, daftar domain sendiri dan sebagainya dalam bentuk video pula. Semoga ilmu yang tak seberapa ini dapat membantu anda semua.


0 comments:

Post a Comment