Why people want to be a stay at home dad/mom? (Kenapa orang
nak jadi ibu/bapa yang bekerja dari rumah?)
DI zaman ini kita lihat semakin ramai ibu
bapa yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia perniagaaan di pejabat
dan memilih untk bekerja dari rumah. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri, namun kebanyakannya adalah
untuk menjaga anak sendiri. Tambahan pelbagai insiden & kejadian yang tak
diingini berlaku di pusat-pusat penjagaan anak-anak. Tak Kurang juga masalah
dengan pembantu rumah. Tidak dapat dinafikan ibu bapalah insan terbaik untuk
menjaga, mengasuh & mendidik anak-anak.
Bagi yang ingin bekerja dari rumah sambil melayani keletah
anak-anak, mungkin berikut antara penyebab dan alasan anda
·
Lebih masa dapat diluangkan bersama keluarga
·
Persekitaran kerja
yang selesa dan tenang
·
Diberhentikan kerja
kerana faktor kemelesetan ekonomi
·
Duit lebih untuk
membantu keluarga
·
Memang suka nak kerja di rumah macam b-tame
& isteri (www.arfahumar.com)
·
Mahukan kebebasan masa
bekerja
· Mahu meluangkan masa pada minat/hobi dan menjadikannya satu sumber pendapatan yang tetap
Kalau di dunia maya internet, kita boleh lihat di blog, di
laman web, pelbagai iklan dipaparkan
mengenai peluang bekerja dari rumah, jana pendapatan dari rumah dan sebagainya.
Tapi hati-hati ya. Takutnya nanti kita boleh terperangkap dengan sesetengah
skim atau tawaran hebat yang akan merugikan kita. Sudahlah gagal menjana
pendapatan yang diinginkan, kita terpaksa pula mengeluarkan duit simpanan yang
ada. Jadi pesan b-tame hati-hatilah
ya.
Yang penting selalu buat carian & kajian. Jangan
sesekali pantas untuk menyertai sesuatu program berbayar tanpa kajian
terperinci dulu. Sentiasa dapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang arif.
Sertai forum-forum di internet untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang
program-program yang anda ingin sertai. Semak latar belakang syarikat yang
menawarkan program terbabit. Yang paling penting pastikan program itu mampu
menjana dan memberikan pendapatan yang halal kepada kita & keluarga.
In Sha Allah. Semoga para pembaca mendapat ilmu yang
bermanfaat dari post b-tame kali
ini. Di post yang berikutnya b-tame
akan postkan apa yang stay at home dad/mom di Malaysia ini boleh sertai.
Semoga b-tame
dapat mencapai sasaran menjadi stay at home dad dalam masa 18 17 bulan lagi.
0 comments:
Post a Comment