BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Friday, February 28, 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Atas faktor kesibukan yang teramat sangat dan tumpuan khusus pada kerjaya tetap pada beberapa minggu ni, blog b-tame ni terpaksa berehat dan tutup kedai sekejap. Bila tutup kedai sekejap ni sangat susah untuk mula menulis balik kerana momentum nak menulis artikel ni dah hilang juga. Tapi bila difikirkan semula ada hikmahnya kerana memberi ruang dan peluang untuk berfikir dan merencanakan semula strategi untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan internet dan perniagaan Shaklee isteri (www.arfahumar.com). 

Sesuai dengan Cabaran 18 bulan WAHD (working at home dad) yang saya tetapkan pada diri sendiri dan dah tinggal jadi 16 bulan sahaja lagi. Kali ini saya nak cerita tentang rumah idaman. Sesuai dengan rencana untuk bersara awal dan bekerja dari rumah, memang saya dan isteri telah selalu berbincang tentang lokasi dan rumah idaman yang kami impikan.

Anda pernah dengar tentang rumah kontena? Kalau di negara barat sana dah banyak yang menggunakan kontena sebagai rumah. Kontena yang kontena tu.. Tak percaya ke? Saya dan isteri sememangnya sangat berminat dengan konsep ini dari dulu lagi. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut jom lihat beberapa gambar yang saya perolehi dari www.lifebuzz.com dan beberapa video daripada www.wangcyber.com.

"Six Oaks"oleh David Fenster. Rumah berukuran 1200 kaki persegi di pergunungan Santa Cruz, California.






Rumah studio di Savannah, Georgia. 





Empat, 40 kaki kontena diperlukan untuk rumah yang berada di El Tiemblo, Sepanyol ini. Konsep dan idea oleh James & Mau Arquitectura dan dibina oleh Infinski.




Rumah tamu San Antonio, 360 kaki persegi sahaja!




Tambahan 2 kontena di rumah yang sedia ada


 Benjamin Garcia Saxe telah mencipta rumah yang indah ini dengan hanya dua, 40 kaki kontena kargo. Rumah yang indah ini terletak di San Jose, Costa Rica dan dibina pada harga $40,000 .Kalau kat Malaysia lebih kurang dalam RM 140,000. Wau mampu milik ni untuk rakyat Malaysia.





Rumah kontena ini terletak di Arizona Mempunyai 6 kontena dan kemasan lantai konkrit, kaca, kayu walnut dan balkoni. Sangat menarik dan dalaman yang nampak elegan. 









Kalau diberi peluang memang saya sangat-sangat nak memiliki rumah yang berkonsepkan seperti ini. Saya nak sebijik macam gambar terakhir tu.
Anda nak macam mana pula? Tapi kurang pasti adakah boleh buat konsep macam ni di negara Malaysia. Mungkin kena tanya pihak berkuasa dahulu. Memang terkejut saya dengan harga sekitar RM 140000 pun dah boleh memiliki rumah dari kontena yang macam di San Jose tu. Tambahan pula harga rumah yang semakin tak masuk akal terutamanya di Kuala Lumpur. Dengan RM 140000 belum tentu mampu memiliki rumah flat. Mungkin konsep seperti ini akan dapat membantu semua memiliki rumah sendiri kelak.

Penat tengok gambar? jom tengok video pulak tentang rumah ini sebelum anda keluar dari sini. Jumpa lagi.










0 comments:

Post a Comment