BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Showing posts with label work from home dad. Show all posts
Showing posts with label work from home dad. Show all posts

Sunday, February 09, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam post yang lalu saya ada cerita serba sedikut tentang objektif, matlamat atau arah tuju. Kali ini saya nak kongsikan pula tentang tindakan yang harus diambil. Minta maaf kalau corak penyulisan saya di dalam blog ini terlampau serius. Bukan apa saya ni tak pandai melawak dan saya sangat serius untuk merealisasikan impian saya , jadi kene kekal dalam mood serius untuk jadi serius. Yang penting biar tak kelakar, janji jangan kurang hajar.

Saya nak ingatkan ye, perkongsian saya yang sedikit dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri melalui ilmu-ilmu yang saya pelajari dari insan-insan hebat di luar sana. Jadi tak semestinya sekala perkongsian saya di sini adalah tepat dan betul untuk anda. Jadi haruslah diamati dan dikaji terlebih dahulu bersesuaian dengan keperluan anda masing-masing.

okay, kembali pada topik. Tindakan.kenapa ianya penting? kerana kalau tak bertindak susah nak dapat hasilnya. Betul , walaupun Allah s.w.t telah meletakkan rezeki setiap insan itu , tapi kalau beliau tidak berusaha, mavcam mana nak dapat rezeki. Contoh paling mudah ialah kalau di rumah kita da bahan mentah, tapi kita tak masak, jadi tak boleh la nak makan.



Jadi untuk mencapai matlamat, kita haruslah ambil tindakan macam dalam gambar di atas. Seperti saya, tindakan yang saya ambil untuk jadi full time ayah yang bekerja di rumah ialah dengan menceburi bidang perniagaan internet. Kerana saya yakin bidang ini banyak potensi dan mmbolehkan saya bekerja dari rumah seperti yang saya inginkan. Beberapa tahun dahulu saya sudah mencuba juga tetapi gagal dek kerana terlalu terburu-buru dan kurang ilmu serta strategi yang saya gunakan kurang sesuai. Ribuan Ringgit jugalah lebur saya laburkan. 

Namun kali ini saya lebih matang dan in Sha Allah lebih teratur dan bersedia.
Saya telah peruntukkan 18 bulan untuk saya bekerja sepenuh masa dari rumah. Dalam 2 bulan pertama ni saya hanya tumpukan pada carian & kajian dan belajar dari orang yang dah berjaya tentang bagaimana nak melansungkan pernigaan internet ini secara jayanya. Kali ini saya nk jd macam kura-kura, biar lambat asalkan capai matlamat daripada macam arnab, sungguh cepat tapi apapun tak dapat.

Jadi untuk mula perniagaan internet ni , saya telah mula buka blog pasal SAHD (stay at home dad). Kenapa ? kerana saya minat dan saya rasa niche ini agak popular kebelakangan ini. Jom saya kongsikan beberapa tips bagi anda yang mahu memulakan perniagaan internet ini.

1. Pilih niche anda
 i) pilihlah niche yang anda minat seperti hobi, gaya hidup ataupun penyelesaian masalah dan sebagainya. Paling penting anda kena kekal dengan niche ini. Jangan sering berubah-ubah.
ii) Kaji dan selidik adakah orang akan mengeluarkan wang untuk niche yang anda pilih ? contoh, makanan , pelancongan dan sebagainya.
iii) anda kena tahu apa yang akan anda jual, barang fizikal atau digital atau servis perkhidmatan.
iv) Cuba kecilkan niche anda. Contoh jika ingin menjual kek coklat, pastinya terdapat pelbagai produk sedia ada mengenai kek coklat. Jadi kecilkan lagi dan cuba jadikannya lebih istimewa . Sebagai contoh. kek coklat bebas gula. Jadi sudah tentu produk anda akan lebih dilihat pengguna.

2. Bina tapak anda sendiri.
 i) tapak ini adalh tempat di mana anda boleh menaikkan dan memantapkan produk atau jenama anda. Sebagai contoh kalau di internet sudah pastinya laman web atau blog anda. Kalau produk fizikal sudah tentu kedai anda.
 ii) Kenapa anda perlukan tapak anda sendiri?
    a) untuk kawal produk anda sendiri. Kalau anda ada produk baru walau seelok manapun, pastinya susah nak dijual di tempat lain. Jadi anda yang perlu mula dulu dengan jualnya di laman web atau blog anda.
    b) dapatkan kepercayaan dan kepuasan pengguna dulu. Jadi bila orang dah percaya dan suka, mereka akan mula hebahkan kepada kenalan mereka. Mungkin juga ada orang yang mahu tolong jualkan produk anda di laman web atau blog mereka pula

4 langkah penting dalam penyediaan tapak anda

i) cipta jenama anda 
ii) dapatkan domain dan hosting (saya akan syorkan nanti di mana nak ambil)
iii) buat laman web atau blog ( kalau tak tahu saya akan syorkan nak buat dengan siapa atau untuk blog saya akan kongsikan link di mana anda boleh belajar secara percuma)
iv) himpun senarai berpotensi pembeli barangan anda (saya akan kongsikan caranya nanti)

3. Tambah pelawat ke tapak anda
i) buat carian dan kajian - siapakah pelawat atau pelanggan berpotensi produk anda?
ii) kenapa mereka mahu beli produk anda dan percayakan anda?Andalah kena jawab dan terangkan kelebihan produk anda
iii) kandungan laman web dan blog anda haruslah jujur, jangan menipu dan pastikan berkaitan dengan yang anda jual. Contohnya kalau anda jual kek coklat, janganlah anda kongsikan cerita bola sepak pula. lainlah kalau anda dapat kaitkan kedua-dua perkara berikut.
iv) produk anda haruslah berkualiti
v) cipta dan pasarkan jenama anda. Jenama dan product haruslah sesuai. Contoh kalau meniaga kek coklat , janganlah letak nama kek coklat keras jegang. Orang dengar pun tak berminat.
vi) jangan gelojoh nak terus dapat pelawat dan pulangan yang banyak terus dari hari pertama pelancaran blog & laman web anda. Kalau anda boleh tahniah diucapkan dan silalah ajar saya dan kawan-kawan pula.
vii) Selalu kongsikan tips dan link ke website yang berguna.
viii) Jaga kualiti produk, ataupun servis anda. Sekiranya anda sendiri juga tidak yakin apatah lagi orang lain.

Di harap kali ini saya dan anda semua memperoleh manfaat hasil perkongsian ini. Selamat mencuba dan pada yang telah berjaya jom kongsikan ilmu dan tahniah diucapkan. Apa-apa pun jangan lupa bersyukur dengan nikmat kurnianNYA.




Saturday, February 08, 2014

SAHD OBJECTIVE (Matlamat SAHD). Sebelum ini saya dah postkan tentang maksud SAHD , jadi pada sesiapa yang masih lagi kurang pasti boleh rujuk kembali pada entri SAHD saya sebelum ini. Kali ini saya nak berkongsi tentang objektif ataupun matlamat. Semua orang harus ada matlamat hidup.Untuk orang muslim sudah tentulah matlamat hidupnya ialah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Ini adalah yang ultimatum. In Sha Allah sama-sama kita memperolehinya. 

Untuk diri saya sendiri, kenapa saya nak bekerja dari rumah? Kenapa perlu tinggalkan pekerjaan saya sekarang yang Alhamdulillah tersangat bagus.
Tetapi untuk memenuhi matlamat hidup saya baik yang jangka masa pendek ataupun panjang, saya harus merealisasikan impian saya untuk bekerja dari rumah sepenuh masa.




Benar bukan kita tidak tahu lagi apa akan jadi 5 tahun akan datang? Tapi sekurang-kurangnya kita boleh agaklah. Kalau kita jalani hidup kita dengan status quo, rutin, maka itu jugalah hasilnya. Jadi sekiranya ingin ada perubahan, haruslah kita juga mengubah sesuatu. Di Malaysia ni Alhamdulillah untuk mereka yang berpeluang bekerja dengan syarikat-syarikat gergasi, gaji selesa dan kenaikan gaji yang amat berpatutan setiap tahun. Namun masih ada segelintir insan yang gajinya status quo setiap tahun. Ini sebagai contoh sahaja ya, jadi sekiranya golongan kedua tadi ingin menambah pendapatan seharusnya mereka mencari peluang pekerjaan yang lain.

Berbalik kepada matlamat, sekarang ini saya terpaksa membuat perubahan kerana sudah ada keperluan untuk menukar matlamat. Dahulu selama hampir 10 tahun bekerja di syarikat yang sama, saya selesa, tiada keperluan untuk menukar matlamat. Namun bila ada keperluan untuk menukar matlamat, saya harus membuat perubahan dan menukar strategi saya.

Sebelum mula membuat perubahan, kita harus mengenal pasti apakah matlamat baru kita dan apakah matlamat jangka pendek dan masa panjang kita. Untuk diri saya sendiri matlamat saya sekarang ini saya mahu menolong dan membantu orang, terutamanya nak membantu menaiktarafkan ekonomi keluarga saya dan seluruh umat islam di Malaysia. Tapi matlamat utama saya ialah saya nak meluanglan masa sebanyak mungkin dengan kedua ibu bapa & ibu bapa mertua serta keluarga saya. Dengan pekerjaan saya sekarang, saya kurang berpeluang menjenguk ibu bapa saya & mertua kerana faktor geografi yang berjauhan dan kesibukan kerja. Jadi bila berpeluang kerja dari rumah saya bolehlah berpindah berdekatan dengan mereka dan membantu mereka apabila diperlukan, tambahan adik beradik yang lain juga tinggal berjauhan di ibu kota.

Setelah matlamat ditetapkan kita harus membahagikannya kepada dua iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Jadi bila dah dibahagikan itu nampak lebih jelas apa tindakan yang harus diambil nagi mencapai matlamat jangka masa panjang dan pendek itu. Minta maaf kerana saya tidak dapat berkongsikan matlamat jangka masa pendek dan masa panjang saya secara terperinci. Mungkin di lain kali. Saya khuatir akan ada pihak yang terasa hati .

Tetapi saya berjanji saya akan kongsikan apa tindakan yang sudah dan akan saya buat ubtuk mencapai matlamat saya ini di post yang seterusnya.

Saya nak kongsikan kepada semua dan diri saya sendiri , bahawa ingatlah rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, kadang kala di dalam bentuk wang ringgit, bantuan fizikal, ilmu, ujian dan macam-macam lagi. Tolong jangan sempitkan pemikiran kita dengan rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit. 

"Sesekali diri diuji , hingga tak berdaya langkahku, namun semua itu adalah ujian Dan Nikmat kasih Sayang dariMU"

In Sha Allah, semoga apa yang saya kongsikan kali ini dapat meberi manfaat untuk anda semua. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu melalui kelemahan diri saya sendir (tutur kata dan susunan ayat pun tunggang langgang , kalau kakak saya baca mesti dia marah sebab dia dan suami merupakan cikgu bahasa melayu yang tersohor).



Wednesday, February 05, 2014

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang memberikan kesempatan untuk saya menulis lagi di ruangan ini. Sebelum saya memulakan perkongsian di ruangan ini, harap masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru cina bagi mereka yang meraikannya. Saya juga berehat panjang menghabiskan masa bercuti bersama keluarga.

Sekarang sudah masuk bulan kedua di dalam cabaran 18 bulan untuk menjadi seorang ayah yang bekerja di rumah. Kadang kala saya juga sangsi, mampukah saya untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan ataupun hanyalah sekadar semangat 'lalang; saya sahaja, yakni apabila ditebang dan diracun segera mati da menghilang. Perjalanan masih jauh, namun terkadang rasa kecewa memuncak apabila usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil. Mungkin ada dia antara tuan-tuan, puan-puan, yang mengalami masalah yang sama seperti saya. Usaha sudah usaha, belajar sudah belajar, buat seperti yang disuruh juga sudah, tetapi masih tidak ada hasil juga. Di manakah silapnya?

Jom kita muhasabah kembali dalam tempoh kebelakangan ini. Cuba ingat kembali di manakah salah kita atau silap kita?

1. Adakah kita sudah berdoa dan berdoa dan berdoa meminta pada yang Maha Kuasa?
2. Adakah kita bersyukur dengan nikmat kurniaanNYA.?
3. Adakah kita redha dengan ketentuanNYA?
4. Adakah kita berkongsi nikmat dan kejayaaan kita dengan orang lain?



Dan pelbagai lagi soalan tentang apa lagi salah kita yang dan apa yang kita x buat. Niat juga harus dibetulkan kembali semoga. Saya selalu sedar yang selama ini niat saya tidak berapa betul. Selama ini saya sering mengatakan yang saya ingin terlibat dalam MLM atau perniagaan baik produk fizikal ataupun perniagaan internet kerana mahu menolong orang apabila sudah kaya nanti. SALAH tuan-tuan & puan-puan. Seharusnya saya harus lebih kerap menolong orang dari sekarang, bukan apabila sudah kaya sahaja. Jadi sahabat-sahabat sekalian , ingat lah yer...nawaitu tu penting dan niat itu tidak pernah menghalalkan cara.

Selain itu jangan lupa mengeluarkan zakat, bukan zakat fitrah sahaja yang masa Hari raya aidilfitri tu, zakat harta atau pendapatan. Kalau tidak pasti, bolehlah rujuk pusat-pusat zakat negeri masing-masing. In Sha Allah ada keberkatannya.

Semoga dalam post kali ini walaupun tidak banyak isi yang berguna, dapatlah memotivasikan diri dan muhasabah kembali diri di mana silapnya dan dimana kurangnya amalan dan usaha kita. Ada rezeki, in Sha Allah saya akan buat post untuk amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk memurahkan rezeki. Senang je tuan-tuan & puan-puan. Semua dah tahu cuma tak mampu dan tak mahu sahaja, termasuklah saya.

Biasanya saya kalau rasa kurang semangat ke, suka dengar lagu dari kumpulan mendua ni, lirik dia sangat memotivasikan diri untuk sayalah, untuk anda saya tak tahu. Jom kita nyanyi sama-sama.

****************************LIRIK*******************************



Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Biar orang kata
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh...

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Thursday, January 30, 2014



Masih tercari-cari idea untuk mulakan bisnes dari rumah? Jika anda masih buntu dan kurang pasti untuk bermula dengan perniagaan apa dari rumah?

Jom layari  SINI

cd audio percuma




Nak tahu cara nak dapatkan produk ini? Jom klik gambar di bawah
  

Wednesday, January 29, 2014




Mesti pembaca nak tahu apakah kaitan diantara gambar-gambar yang saya kongsikan dengan tajuk 'post' saya I WANT TO WORK FROM HOME NOW (Saya nak kerja dari rumah mulai sekarang). MInta maaf buat anda semua tertanya-tanya. Mari saya jelaskan satu persatu-satu. 

Menumpang populariti gambar yang pertama, kedua-dua di dalam gambar itu merupakan rakan universiti saya yang juga rakan dan bekas rakan syarikat tempat saya bekerja dahulu. Kagum kerana sekarang ini si isteri sudah mampu bekerja di rumah, tidak perlu lagi ke pejabat. Sudah beberapa tahun si isteri mengorak langkah berani. Si saya kurang pasti. Lama tidak menghubungi beliau, tapi mungkin masih lagi setia bersama syarikat kami.
Hebat mereka ini kerana berani & bijak berusaha untuk mampu bekerja dari rumah.

Gambar yang kedua juga merupakan orang yang hebat-hebat. Kalau tidak si isteri ini juga bekas pekerja di syarikat b-tame bekerja sekarang. Suaminya mungkin masih bekerja di syarikat yang sama lagi. Sebenarnya b-tame tidak kenal sangat dengan mereka ini. Kenal mereka pun sewaktu isteri (www.arfahumar.com) yang mengajak b-tame pergi meraikan majlis sambutan mereka.

Terakhir, gambar ketiga merupakan pendapatan yg mungkin mereka jana dari apa yang mereka lakukan sekarang. Ternyata pendapatan mereka jauh lebih banyak dari apa yang mereka perolehi sewaktu bekerja di syarikat yang sama seperti b-tame ini. Alhamdulillah berkat rezeki mereka. TAhniah kerana usaha & tawakal serta keyakinan mereka, akhirnya usaha mereka ini telah membuahkan hasil. Semoga kejayaan mereka menjadi motivasi untuk semua orang termasuklah b-tame sendiri. 

Apa kaitannya gambar-gambar di atas? semuanya merupakan ahli shaklee. Cukup di situ kerana blog ini tidak akan mempromosikan tentang shaklee. Blog ini akan menceritakan tentang langkah-langkah ke arah nak menjadi ayah yang bekerja dari rumah sepenuh masa dalam masa 18 17 bulan . Apa bidang yang akan b-tame ceburi dan tahap kenberhasilannya serta cabaran dengan anak3 b-tame bila nak bekerja dari rumah. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal shaklee ni silalah rujuk pada yang pakar yakni (www.arfahumar.com).

Pengajaran yang dapat b-tame simpulkan dari 'posting' kali ini ialah kalau kita nak jadi orang hebat, kita kena ikut apa yang orang hebat ni buat. Sebagai orang islam tentulah orang yang paling hebat yang harus diikut ialah Rasullullah s.a.w. In sha Allah dengan ikut segala sunnahnya, usaha dengan ilmu yang betul & doa kepada yang Maha Kuasa maka akan ternampaklah keberhasillanya. Yang peting yakin rezeki untuk kita telah ditetapkan oleh-NYA. Semoga apa-apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil. Bila dah berhasil jangan lupa untuk bersyukur dan membantu orang lain ya.

Pada rakan-rakan di luar sana yang juga teringin nak bekerja dari rumah sepenuh masa, jomlah sertai saya di blog ini. Kita boleh bertukar-tukar pendapat & buah fikiran. Pada yang dah jadi ibu bapa yang bekerja sepenuh masa dari rumah tahniah diucapkan dan sudilah2 menjadi penulis jemputan di b-tame.bogspot ini untuk berkongsi kisah kejayaan dan jerih-payah anda untuk berada di tempat anda sekarang.

adioss. 

Tuesday, January 28, 2014


DI zaman ini kita lihat semakin ramai ibu bapa yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia perniagaaan di pejabat dan memilih untk bekerja dari rumah. Masing-masing mempunyai   alasan tersendiri, namun kebanyakannya adalah untuk menjaga anak sendiri. Tambahan pelbagai insiden & kejadian yang tak diingini berlaku di pusat-pusat penjagaan anak-anak. Tak Kurang juga masalah dengan pembantu rumah. Tidak dapat dinafikan ibu bapalah insan terbaik untuk menjaga, mengasuh & mendidik anak-anak.

Bagi yang ingin bekerja dari rumah sambil melayani keletah anak-anak, mungkin berikut antara penyebab dan alasan anda

·         Lebih masa dapat diluangkan bersama keluarga
·         Persekitaran kerja yang selesa dan tenang
·         Diberhentikan kerja kerana faktor kemelesetan ekonomi
·         Duit lebih untuk membantu keluarga
·         Memang suka nak kerja di rumah  macam b-tame & isteri    (www.arfahumar.com)
·         Mahukan kebebasan masa bekerja
·         Sudah bersara dan memerlukan sumber pendapatan tambahan untuk  diri sendiri & keluarga            
·        Mahu meluangkan masa pada minat/hobi dan menjadikannya satu  sumber pendapatan yang tetap

Kalau di dunia maya internet, kita boleh lihat di blog, di laman web, pelbagai iklan dipaparkan  mengenai peluang bekerja dari rumah, jana pendapatan dari rumah dan sebagainya. Tapi hati-hati ya. Takutnya nanti kita boleh terperangkap dengan sesetengah skim atau tawaran hebat yang akan merugikan kita. Sudahlah gagal menjana pendapatan yang diinginkan, kita terpaksa pula mengeluarkan duit simpanan yang ada. Jadi pesan b-tame hati-hatilah ya.

Yang penting selalu buat carian & kajian. Jangan sesekali pantas untuk menyertai sesuatu program berbayar tanpa kajian terperinci dulu. Sentiasa dapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang arif. Sertai forum-forum di internet untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program-program yang anda ingin sertai. Semak latar belakang syarikat yang menawarkan program terbabit. Yang paling penting pastikan program itu mampu menjana dan memberikan pendapatan yang halal kepada kita & keluarga.

In Sha Allah. Semoga para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat dari post b-tame kali ini. Di post yang berikutnya b-tame akan postkan apa yang stay at home dad/mom di Malaysia ini boleh sertai.

Semoga b-tame dapat mencapai sasaran menjadi stay at home dad dalam masa 18 17 bulan lagi.


Tuesday, January 21, 2014





Hari ini b-tame nak cerita sikit pasal SAHD. Kalau semua nak tahu seperti gambar kat atas tu SAHD ni ialah singkatan untuk stay at home dad. Kalau bahasa malaysia nya ialah ayah atau bapak yang duduk rumah. Kalau di Malaysia ni mungkin benda ni masih lagi jadi subjek taboo atau larangan. Tapi kalau kat negara lain kebanyakannya dah masak & mula dapat menerima SAHD ni.
En boss ni memang berminat nak jadi SAHD ni . xpe nnati dalam post yg lain b-tame nak cerita kenapa & mengapa b-tame terhegeh2 sangat nak jadi SAHD.

Hari ni b-tame nak kongsikan link beberapa orang mat salleh ni,

1. http://www.amateuridiotprofessionaldad.com/.
2. http://parenting.blogs.nytimes.com/2013/12/12/a-stay-at-home-dads-dilemma-when-the-marriage-ends/?_php=true&_type=blogs

 bapak yang seangkatan macam seluruh bapak di dunia. cumanya dia dah jadi full time father ( well another point to debate next time , every parents is suppose to be full time parents).

Cuma imagine kalau kat negara kita ni , suami2 & ayah ni meluahkan idea untuk jadi SAHD atau house husband full time, apa agaknya reaksi orang termasuk la anak-anak,ibu bapa & isteri sendiri? bajet memang kecoh la jadinya sebab istilah SAHD ni masih baru, jadi rasanya penerimaan tu akan kurang memberangsangkan.



Terpulanglah masing2, apa2 pun yang dibuat dan dipilih yang pastinya tanggunggjawab masing2 harus dilaksanakan. SAHD , walaupun dekat rumah, bukan bermaksud kene jadi lembik & x macho. Kena ingat ikut Islam, suami ketua keluarga & HARUS beri nafkah untuk keluarga & menyediakan kelengkapan yang secukupnya. Isteri pun kena ingat ya, walaupun berpendapatan lebih besar dari suami, perintah suami masih harus dituruti & tanggungjawab kena penuhi juga. So apa kata survey? sapa yang berani nak jadi SAHD macam b-tame? until next post. Challu betty.