Mesti pembaca nak tahu apakah kaitan diantara gambar-gambar yang saya kongsikan dengan tajuk 'post' saya I WANT TO WORK FROM HOME NOW (Saya nak kerja dari rumah mulai sekarang). MInta maaf buat anda semua tertanya-tanya. Mari saya jelaskan satu persatu-satu.
Menumpang populariti gambar yang pertama, kedua-dua di dalam gambar itu merupakan rakan universiti saya yang juga rakan dan bekas rakan syarikat tempat saya bekerja dahulu. Kagum kerana sekarang ini si isteri sudah mampu bekerja di rumah, tidak perlu lagi ke pejabat. Sudah beberapa tahun si isteri mengorak langkah berani. Si saya kurang pasti. Lama tidak menghubungi beliau, tapi mungkin masih lagi setia bersama syarikat kami.
Hebat mereka ini kerana berani & bijak berusaha untuk mampu bekerja dari rumah.
Gambar yang kedua juga merupakan orang yang hebat-hebat. Kalau tidak si isteri ini juga bekas pekerja di syarikat b-tame bekerja sekarang. Suaminya mungkin masih bekerja di syarikat yang sama lagi. Sebenarnya b-tame tidak kenal sangat dengan mereka ini. Kenal mereka pun sewaktu isteri (www.arfahumar.com) yang mengajak b-tame pergi meraikan majlis sambutan mereka.
Terakhir, gambar ketiga merupakan pendapatan yg mungkin mereka jana dari apa yang mereka lakukan sekarang. Ternyata pendapatan mereka jauh lebih banyak dari apa yang mereka perolehi sewaktu bekerja di syarikat yang sama seperti b-tame ini. Alhamdulillah berkat rezeki mereka. TAhniah kerana usaha & tawakal serta keyakinan mereka, akhirnya usaha mereka ini telah membuahkan hasil. Semoga kejayaan mereka menjadi motivasi untuk semua orang termasuklah b-tame sendiri.
Apa kaitannya gambar-gambar di atas? semuanya merupakan ahli shaklee. Cukup di situ kerana blog ini tidak akan mempromosikan tentang shaklee. Blog ini akan menceritakan tentang langkah-langkah ke arah nak menjadi ayah yang bekerja dari rumah sepenuh masa dalam masa 18 17 bulan . Apa bidang yang akan b-tame ceburi dan tahap kenberhasilannya serta cabaran dengan anak3 b-tame bila nak bekerja dari rumah. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal shaklee ni silalah rujuk pada yang pakar yakni (www.arfahumar.com).
Pengajaran yang dapat b-tame simpulkan dari 'posting' kali ini ialah kalau kita nak jadi orang hebat, kita kena ikut apa yang orang hebat ni buat. Sebagai orang islam tentulah orang yang paling hebat yang harus diikut ialah Rasullullah s.a.w. In sha Allah dengan ikut segala sunnahnya, usaha dengan ilmu yang betul & doa kepada yang Maha Kuasa maka akan ternampaklah keberhasillanya. Yang peting yakin rezeki untuk kita telah ditetapkan oleh-NYA. Semoga apa-apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil. Bila dah berhasil jangan lupa untuk bersyukur dan membantu orang lain ya.
Pada rakan-rakan di luar sana yang juga teringin nak bekerja dari rumah sepenuh masa, jomlah sertai saya di blog ini. Kita boleh bertukar-tukar pendapat & buah fikiran. Pada yang dah jadi ibu bapa yang bekerja sepenuh masa dari rumah tahniah diucapkan dan sudilah2 menjadi penulis jemputan di b-tame.bogspot ini untuk berkongsi kisah kejayaan dan jerih-payah anda untuk berada di tempat anda sekarang.
adioss.
0 comments:
Post a Comment