BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Sunday, February 09, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam post yang lalu saya ada cerita serba sedikut tentang objektif, matlamat atau arah tuju. Kali ini saya nak kongsikan pula tentang tindakan yang harus diambil. Minta maaf kalau corak penyulisan saya di dalam blog ini terlampau serius. Bukan apa saya ni tak pandai melawak dan saya sangat serius untuk merealisasikan impian saya , jadi kene kekal dalam mood serius untuk jadi serius. Yang penting biar tak kelakar, janji jangan kurang hajar.

Saya nak ingatkan ye, perkongsian saya yang sedikit dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri melalui ilmu-ilmu yang saya pelajari dari insan-insan hebat di luar sana. Jadi tak semestinya sekala perkongsian saya di sini adalah tepat dan betul untuk anda. Jadi haruslah diamati dan dikaji terlebih dahulu bersesuaian dengan keperluan anda masing-masing.

okay, kembali pada topik. Tindakan.kenapa ianya penting? kerana kalau tak bertindak susah nak dapat hasilnya. Betul , walaupun Allah s.w.t telah meletakkan rezeki setiap insan itu , tapi kalau beliau tidak berusaha, mavcam mana nak dapat rezeki. Contoh paling mudah ialah kalau di rumah kita da bahan mentah, tapi kita tak masak, jadi tak boleh la nak makan.



Jadi untuk mencapai matlamat, kita haruslah ambil tindakan macam dalam gambar di atas. Seperti saya, tindakan yang saya ambil untuk jadi full time ayah yang bekerja di rumah ialah dengan menceburi bidang perniagaan internet. Kerana saya yakin bidang ini banyak potensi dan mmbolehkan saya bekerja dari rumah seperti yang saya inginkan. Beberapa tahun dahulu saya sudah mencuba juga tetapi gagal dek kerana terlalu terburu-buru dan kurang ilmu serta strategi yang saya gunakan kurang sesuai. Ribuan Ringgit jugalah lebur saya laburkan. 

Namun kali ini saya lebih matang dan in Sha Allah lebih teratur dan bersedia.
Saya telah peruntukkan 18 bulan untuk saya bekerja sepenuh masa dari rumah. Dalam 2 bulan pertama ni saya hanya tumpukan pada carian & kajian dan belajar dari orang yang dah berjaya tentang bagaimana nak melansungkan pernigaan internet ini secara jayanya. Kali ini saya nk jd macam kura-kura, biar lambat asalkan capai matlamat daripada macam arnab, sungguh cepat tapi apapun tak dapat.

Jadi untuk mula perniagaan internet ni , saya telah mula buka blog pasal SAHD (stay at home dad). Kenapa ? kerana saya minat dan saya rasa niche ini agak popular kebelakangan ini. Jom saya kongsikan beberapa tips bagi anda yang mahu memulakan perniagaan internet ini.

1. Pilih niche anda
 i) pilihlah niche yang anda minat seperti hobi, gaya hidup ataupun penyelesaian masalah dan sebagainya. Paling penting anda kena kekal dengan niche ini. Jangan sering berubah-ubah.
ii) Kaji dan selidik adakah orang akan mengeluarkan wang untuk niche yang anda pilih ? contoh, makanan , pelancongan dan sebagainya.
iii) anda kena tahu apa yang akan anda jual, barang fizikal atau digital atau servis perkhidmatan.
iv) Cuba kecilkan niche anda. Contoh jika ingin menjual kek coklat, pastinya terdapat pelbagai produk sedia ada mengenai kek coklat. Jadi kecilkan lagi dan cuba jadikannya lebih istimewa . Sebagai contoh. kek coklat bebas gula. Jadi sudah tentu produk anda akan lebih dilihat pengguna.

2. Bina tapak anda sendiri.
 i) tapak ini adalh tempat di mana anda boleh menaikkan dan memantapkan produk atau jenama anda. Sebagai contoh kalau di internet sudah pastinya laman web atau blog anda. Kalau produk fizikal sudah tentu kedai anda.
 ii) Kenapa anda perlukan tapak anda sendiri?
    a) untuk kawal produk anda sendiri. Kalau anda ada produk baru walau seelok manapun, pastinya susah nak dijual di tempat lain. Jadi anda yang perlu mula dulu dengan jualnya di laman web atau blog anda.
    b) dapatkan kepercayaan dan kepuasan pengguna dulu. Jadi bila orang dah percaya dan suka, mereka akan mula hebahkan kepada kenalan mereka. Mungkin juga ada orang yang mahu tolong jualkan produk anda di laman web atau blog mereka pula

4 langkah penting dalam penyediaan tapak anda

i) cipta jenama anda 
ii) dapatkan domain dan hosting (saya akan syorkan nanti di mana nak ambil)
iii) buat laman web atau blog ( kalau tak tahu saya akan syorkan nak buat dengan siapa atau untuk blog saya akan kongsikan link di mana anda boleh belajar secara percuma)
iv) himpun senarai berpotensi pembeli barangan anda (saya akan kongsikan caranya nanti)

3. Tambah pelawat ke tapak anda
i) buat carian dan kajian - siapakah pelawat atau pelanggan berpotensi produk anda?
ii) kenapa mereka mahu beli produk anda dan percayakan anda?Andalah kena jawab dan terangkan kelebihan produk anda
iii) kandungan laman web dan blog anda haruslah jujur, jangan menipu dan pastikan berkaitan dengan yang anda jual. Contohnya kalau anda jual kek coklat, janganlah anda kongsikan cerita bola sepak pula. lainlah kalau anda dapat kaitkan kedua-dua perkara berikut.
iv) produk anda haruslah berkualiti
v) cipta dan pasarkan jenama anda. Jenama dan product haruslah sesuai. Contoh kalau meniaga kek coklat , janganlah letak nama kek coklat keras jegang. Orang dengar pun tak berminat.
vi) jangan gelojoh nak terus dapat pelawat dan pulangan yang banyak terus dari hari pertama pelancaran blog & laman web anda. Kalau anda boleh tahniah diucapkan dan silalah ajar saya dan kawan-kawan pula.
vii) Selalu kongsikan tips dan link ke website yang berguna.
viii) Jaga kualiti produk, ataupun servis anda. Sekiranya anda sendiri juga tidak yakin apatah lagi orang lain.

Di harap kali ini saya dan anda semua memperoleh manfaat hasil perkongsian ini. Selamat mencuba dan pada yang telah berjaya jom kongsikan ilmu dan tahniah diucapkan. Apa-apa pun jangan lupa bersyukur dengan nikmat kurnianNYA.




0 comments:

Post a Comment