BLOG b-tame akan berpindah

BLOG INI AKAN DIJENAMAKAN SEMULA DAN AKAN BERPINDAH KE ALAMAT BARU. BLOG AKAN DIRASMIKAN PADA 21 APRIL 2014.

SILA LAYARI DIARI WAHD (PANDUAN BAPA BEKERJA DI RUMAH)

Tuesday, February 11, 2014

Bercuti di Vietnam 2010



Dipaksa berposing riang oleh cik Isteri



Alhamdulillah terima kasih pada para pengunjung dan pembaca blog b-tame.blogspot.com ini. Di atas kesudian anda berkunjung ke laman blog saya yang tak seberapa ini kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak menyambar peluang bercuti secara percuma ataupun pada kos yang sangat minimum.

Gambar-gambar di atas sebenarnya tak ada kena mengena sangat dengan apa yang saya kongsikan ini.Tapi sebab saya tak jumpa pula gambar percutian percuma saya di Kuching serta Kota Kinabalu awal tahun ini , jadi saya kongsikan dulu gambar di atas sekadar suka-suka. Gambar-gambar di atas adalah percutian saya dan isteri (www.arfahumar.com) bercuti di Ho Chi Minh Vietnam pada 2010. Alhamdulillah saya dan isteri berjaya pergi secara percuma hanya perlu bayar harga hotel dan makanan sahaja. Ok la kan.
Masa tu kalau tak salah isteri tengah mengandungkan anak sulung kami, Ahmad Aasim (5 bulan kut). Kesian jugak la fikir-fikir balik bila mengenangkan saya duk mengheret beliau jalan ke merata tempat.

Jadi nak tahu macam mana saya buat? pertamanya saya ni suka berjalan. Jadi saya telah maksimumkan hobi saya ni sebaiknya juga ditambah faktor pekerjaan saya yang memerlukan saya banyak berjalan (terima kasih syarikatku). Saya menyertai program penebusan mata untuk tiket dengan syarikat penerbangan MAS. Enrich program, saya pasti anda semua tahu pasal enrich program ini kan. Kalau tak tahu bolehla klik di sini. Alhamdulillah banyak juga tempat saya dah pergi dengan penebusan mata Enrich ini.
Yang terbaru, merasa jugaklah saya naik penerbangan kelas bisnes ke Jakarta baru-baru ini,  kalau nak beli sendiri memang tidak mampu. Ada satu lagi syarikat penerbangan yang saya tahu buat program penebusan mata ni. Saya juga dah sertai. Kalau siapa yang nak tahu lebih lanjut boleh emel saya di ahmasha@gmail.com atau pm saya di facebook (Ahmad Shahrin).

Saya nak kongsikan pula kisah percutian percuma saya di Kuching & Kota Kinabalu selama seminggu pada awal tahun ini. Saya sudah merancang percutian ini bagi meraikan ulang tahun isteri saya pada hujung tahun lalu. 
Berikut ialah jadual percutian saya itu.

1. 3 Hari 2 malam di Kuching
2. 5 hari 4 malam di Kota Kinabalu

perjalanan untuk 2 orang dewasa, 1 kanak-kanak dan 2 orang bayi(infant)

'Route' Penerbangan

KLIA - Kuching 
Kuching - Kota Kinabalu (Transit di Sibu dahulu)
Kota Kinabalu - KLIA

Belanja yang saya perlu keluarkan hanya untuk makanan dan satu hari belanja hotel di Koyta Kinabalu.

Apa yang telah saya lakukan?

1. Sewaktu di Kuching, saya menginap di rumah adik ipar saya. Sambil dapat menziarahi beliau seperti yang telah dirancang saya juga dapat ambil kesempatan untuk tidak perlu mengeluarkan belanja hotel. Anak-anak juga gembira dapat berjumpa mak lang mereka, isteri juga gembira, pendek kata situasi menang semua pihak.
2. Untuk penerbangan, semuanya telah ditanggung beres oleh mata penebusan Enrich saya. Saya hanya perlu mengeluarkan wang untuk membiayai kos cukai lapangan terbang dan tiket ( tax & surcharge).
3. Untuk hotel di Kota Kinabalu, saya telah menetap di Hyatt hotel di mana saya berjaya tebus 3 malam secara percuma, sepatutnya 4 tapi bilik dah penuh. Jadi itu yang kena buat bayaran hotel untuk sehari lagi. Macam mana nak buat? kalau anda selalu bekerja di luar negara atau di luar kawasan, tinggallah di hotel-hotel yang menawarkan program penebusan mata ganjaran. seperti Marriot, Hyatt dan sebagainya jika berpeluang. Mudah bukan, sambil menyelam sambil minum air. 

Jadi itulah sedikit sebanyak perkongsian saya tentang tip-tip nak cuti secara percuma atau dengan perbelanjaan minimum. Saya tahu semua orang dah tahu, cuba saya nak kongsikan sebab kadang- kadang kita pandag remeh benda-benda percuma. Bagi saya selagi boleh maksimakan penjimatan dan dapat bercuti, berjalan saya akan rebut dan gunakan peluang itu.

Jadi sempena cuti sekolah yang bakal menjelang tiba ni, untuk mereka yang nak bercuti silalah rancang percutian dan perjalanan anda. Musim cuti sekolah ni biasanya pihak hotel dan kawasan-kawasan percuitian tumpuan suka menaikkan harga. Harga tiket syarikat penerbangan pun biasanya lebih sedikit. Mungkin jika berpeluang, anda boleh gunakan tip yang telah saya kongsikan. Selamat mencuba. 


0 comments:

Post a Comment